23.9.08

Kedaratan Kelantan ;p

kisah benar ni...
berlaku pada beberapa tahun dahulu..
kiranya selepas exam SPM, maka lepasan pelajar ni (sudin dan husin) mahu berhijrah ke k.l (first time la ni) untuk mencari pengalaman kerja serta mencari wang untuk membantu kedua orang tua di kampung. setelah mendapat restu dari orang tua, lalu mereka menaiki bas ke k.l. setibanya di sana mereka disambut oleh seorang kawan (mamat) dan dibawa ke rumah sewanya di sebuah flat di shah alam. semasa dalam perjalanan ke shah alam, mamat berpesan kepada sudin dan husin supaya kalau bercakap nanti, hendaklah menggunakan bahasa KL katanya...baru tak jatuh standard..
oleh kerana mahu jimatkan belanja harian, mereka adakan jadual giliran memasak.
pada suatu hari, tibalah giliran husin memasak, mamat belum balik lagi. si sudin pula pergi membeli bahan-bahan untuk masakan sup ayam(sup bunjut, halia, ubi kentang, bawang putih) dan mancis ( dapur besi je la.. rumah bujang katakan). apabila sampai di kedai,
sudin: tokey! saya nak bawang putih singgit.
tokey: ok.. lagi
sudin: halia pun singgit
tokey: halia ada.. mau apa lagi..
sudin: ubi kentang 2 butir... oppss! ubi kentang 2 biji. ( perrgh nasib baik... dalam hati)
tokey: lagi..
sudin: bagi saya.. gengset satu dengan perkakas sup satu..
tokey: aaahh!! lu mau apa ni?
sudin: gengset satu, perkakas sup satu.. itu saja
tokey: genset???perkakas sup???itu aaa.. wa talak jual la..
sudin: apa takdernyer tokey. itu apa? (sambil menunjukkan pada sup bunjut dan mancis).
tokey: ooo itukaaa.. (sambil menggaru kepala...)