15.11.08

Pertama Kali Ku Menaiki Kapal Terbang ;p

Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star. Naik Air Asia jer… Now everybody can fly...

Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa?
Aku: Kelas…ar…
Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?
Aku: Oh…masa dulu2 saya kelas sastera, nak apply kelas sains tapi tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari.
Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?
Aku: oh..ar ya..nape?
Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..
Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..
Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..

Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..
Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok..no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..
Aku: Kapal tak on lagi kut…nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal. Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik? Ada masalah?
Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie…naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie..

Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik “oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku..” ...dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang...

Sindrom Terkangkang ;p

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

Al-Kisah Dua Orang Gila ;p

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : "Kamu tahu tak?"( sambil naik atas meja )

Orang gila 2 : "Tahu apa?"

Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Doktor : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Doktor : "???"

SAM & DOL = SAMDOL ;p

Ikan Emas...
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!


Kedai RM2
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!


Susu Segar...
SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.


AIDS...
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


Dinner....
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!


Kopi...
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

14.11.08

Lailatul Qadar ;p

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid.

Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..ape laa... " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.

Terima sahajalah.

Jangan melawan.

Kisah 3 Sahabat ;p

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang....

Lina: ko dah besar nanti nak jadi apa?

Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo !

Lina: saya dah besar nanti jadik Supergirl !

Ahmad: (Sambil korek idung) Saya nak jadi Supermarket ! macam-macam ada....

hahaha.. supermarket pun supermarket la.. asalkan ade cita-cita.. ;p

Impian Seorang Pemandu Teksi Terhadap Seorang Nurse ;p

Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. .
Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya, saya selalu berfantasi... maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya... iya, saya masih single".


Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

war kah kah...agak-agak ape jadi kepada Feddy? muntah? pengsan? atau buat-buat exident? hahahaha ;p

Pantun Ultraman ;p

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah.. di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser..

Fakta, Atau Yang Lebih Dikenali Sebagai Auta ;p

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13.11.08

Fakta Berkenaan Hari ;p

1. Hari ibu - semua emak dlm dunia menyambutnya kecuali ibu ayam.
2. Hari merdeka - rakyat malaysia amat berbangga ketika menyambutnya,tetapi bangsa bangla dan nepal x dpt menyambutnya walaupun berada di dataran merdeka.
3. Hari guru - semua guru disekolah berhak mendapat bunga kecuali guru silat.
4. Hari pahlawan - derma2 harus dikutip bagi meringankan beban balu wira2 kita terkorban ,tapi minah ni x patut dapat derma.Nicol Ann David.walaupon dia wira negara.menang banyak duit pon banyak.
5. Hari Buruh - adalah satu hari peiktirafan kepada pekerja2 buruh dimalaysia,dan diberinya cuti umum kpd mereka,namun buruh2 tersebut tetap bekerja kerana dibayar triple dan quadraple.
6. Hari Kantin - ingatkan hari kantin semua free.rupa2nya tetap kene keluar duit beli barang.
7. Hari April Fool - Yang disambut setiap 1st April setiap tahun.bagi org islam x payah nk berlumba2 nak memperbodohkan org lain dgn menyambut hari tersebut.adalah lebih kita memberi salam kpd sesama islam.
8. Hari kekasih - harga sekuntum berharga RM15.aci jual bunga melor buat rantai org pegi kuil pon ambik kesempatan jual mahal.Peringatan lagi buat org islam,tak payah nak sambut,ada org x bg bunga kat kekasihnya disebabkan tau akan haramnya menyambut hari tersebut,tp hanya menghantar sms kpd aweknya 'selamat hari kekasih' pon still sama dosanya.
9. Hari Jadi - hari kesyukuran kerana masih hidop setahun lagi, tuhan dah bg nyawa lagi tu, apa lagi buatla apa yg disuruh.
10. Hari Raya - bangsa lain pon dah pandai sebut hari raya utk hari kebesaran mereka. apakata kita tukar hari raya kepada Eid Mubarak Syawal dan Eid Mubarak Haji.